Ikhlas
1. Sifat ikhlas
ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata
kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah
semata-mata serta membersihkan
hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah
s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal
mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan
mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama
yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3. Setiap
pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang
lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah
dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (
sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
5. Dalam
meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata
bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.
( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )